Pegawai, Akauntan, Eksekutif, Kerani, Penyelia Dan Lain-Lain Lagi
JOM APPLY!
[Blank]

Employment (Termination And Lay-Off Benefits) Regulations 1980

 
Employment (Termination And Lay-Off Benefits) Regulations 1980 atau dalam Bahasa Malaysianya, Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara), 1980 adalah terpakai kepada mereka yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955.

Faedah-faedah ini adalah faedah tambahan yang diberikan selain dari yang diperuntukkan oleh kontrak kerja (jika ada).


Penamatan Kontrak Kerja (Termination)
Apabila kontrak kerja berakhir samada ditamatkan oleh majikan atau pekerja melalui peruntukkan yang dibenarkan oleh kontrak. Biasanya melalui "notis penamatan kontrak".

Pembuangan Kerja (Dismissal)
Menghentikan khidmat pekerja oleh majikan atas sebab salah laku dan sebagainya selepas proses siasatan, inquiry dan sebagainya.

Rentikerja Sentara (Lay-Off)
Pekerja tiada kerja untuk dibuat kerana majikan tiada kerja untuk diberikan pada pekerja

Pemberhentian Kerja (Retrenchment)
Dalam kes sebegini, pekerja dimaklumkan oleh majikan bahawa mereka tidak boleh meneruskan kerja lagi kerana terdapat lebihan pekerja di tempat mereka (surplus of employees).

Pembuangan Segera (Instant/Summary Dismissal)
Pembuangan kerja atas kesalahan serius yang atau yang boleh membatalkan kontrak. Contoh: Ponteng kerja berturut-turut selama 3 hari.

- Employment (Termination And Lay-Off Benefits) Regulations 1980

3 Responses to "Employment (Termination And Lay-Off Benefits) Regulations 1980"

  1. Salam tuan,

    Saya ada masalah dengan majikan berkenaan kerana masalah notis period & training bond. Saya berumur 30 tahun, warganegara, sudah bekerja disini kurang 5 tahun, basic + fix allowance rm4600. Saya baru mendapat bonus beberapa hari lepas. Saya memberi notis berhenti kerja (1bulan notis) selepas mendapat bonus.

    Persoalannya;

    1. Majikan saya memberitahu bahawa notis adalah 2 bulan dan saya perlu bayar 1 bulan gaji sekiranya mahu beri 1 bulan notis. Menurut surat perjanjian yg ditandatangani (contract, before i converted to permanent), notis berhenti adalah 1 bulan. Menurut majikan, pangkat saya adalah perlu memberi notis 2 bulan. Ini tidak diberitahu dlm kontrak perjanjian. Tambahan lagi, mereka ckp setelah company ini bertukar nama dan menjadi subsidiry syarikat lain, saya perlu ikut syarat syarikat itu. Saya tidak mentandatangani apa2 perjanjian yg mengatakan saya perlu memberi notis 2 bulan. Adakah tindakan saya memberi notis 1 bulan itu tepat dan majikan perlu terima notis 1 bulan sy?

    2, Saya menghadiri trainng yg diberi majikan, tetapi tidak mentandatangani apa2 surat perjanjian SEBELUM menghadiri training. Selepas training, majikam mengatakan melalui email sy bonded with company for 1 year. Kalau saya nak resign, perlua bayar training bond. Saya tidak diberitahu SEBELUM hadiri training dan TIDAK mentandatangani apa2 surat bond mengatakan saya setuju. Adakah saya masih perlu membayar training bond ini?? Tiada surat perjanjian mengenai bond ini dan saya hanya diberitahu SELEPAS training. Tu pun saya xdiberi sain apa2 surat perjanjian berkenaan bond ini. Majikan memberitahu akan hold gaji terakhir saya sehingga saya membayar habis training cost. Adakah tindakan mereka ini wajar & mengikut undang2?

    3. Bagaimana saya dapat mempertahankan hak saya agar gaji terakhir saya dibayar?

    ReplyDelete
  2. rasanya tak valid jika dia meminta anda sign training bond selepas training dilakukan. macam mana situasi tuan tokyo nite ye. dah lama dah encik comment pasal ni. skrg dah bulan 8.

    saya pon situasi serupa macam tuan, cuma baru setahun bekerja, dan sampai sekarang takde confirmation letter lg. nak minta panduan sikit.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan,

    Saya nak minta pandangan tuan tentang kontrak kerja

    1. Jikalau seseorang itu terikat dengan kontrak kerja bolehkah majikan memberhentikan pekerja tersebut setelah tamat kontrak @ memindahkan payroll pekerja tersebut kpd Syarikat yg lain dan merubah gaji, cuti dsb walaupun pekerja itu sudah bersama Syarikat tersebut lebih dari 5 tahun

    ReplyDelete

Iklaneka


If you like to dance to funky or fast rhythms, you’d love Zumba

Malaysian-based, online suppliers


Mansau Ansau, Shiatsu, Thai, China, Urut Batin