Unpaid Leave Selepas Notis Berhenti Kerja



Soalan pembaca:

Salam, Saya ingin bertanya. Saya hantar notis berhenti kerja pada 15.02.2016 dan tempoh notis adalah 1 bulan. Tarikh akhir saya bekerja adalah 15.03.2016. Saya mempunyai 2 hari cuti tahunan yang belum digunakan. Soalan saya:-
  1. Jika saya ingin berhenti pada 2 March, dengan memohon cuti tanpa gaji,bagaimana pergiraan gaji bulan March saya?
  2. Bolehkah dalam tempoh notis, saya memohon cuti tanpa gaji untuk memendekkan notis berhenti kerja saya?

Jawapan:

Saya rasa bab ini ramai yang keliru. Cuti tanpa gaji biasanya digunakan dalam tempoh perkhidmatan. 
Bila anda sudah berikan notis, maka cuti sebegini tidak wujud lagi.

MENGAPA?

Jika ini dibenarkan, maka apa tujuan klausa 'notis' diletakkan dalam kontrak kerja? Pekerja boleh berikan notis sebulan dan kemudiannya mohon cuti tanpa gaji sebulan juga.

Oleh itu objektif agar pekerja berikan notis tidak dicapai.

Notis amat diperlukan bagi tujuan pegambilahan kerja (handover) dari pekerja lama ke pekerja baru.

Bila ada pekerja yang berhenti, maka majikan akan mengambil pekerja baru dan majikan perlukan pekerja yang berhenti untuk patuhi tempoh notis bagi mengajar pekerja baru mengambil alih tugasnya.

Oleh itu juga, untuk soalan-soalan anda tadi:
  1. Anda tidak boleh pohon cuti tanpa gaji.
  2. Jika anda mahu memendekkan tempoh notis, maka anda perlu bayar tempoh notis tersebut kepada majikan (in lieu of notice). Jika sebulan, maka perlu bayar nilai gaji sebulan untuk lepaskan anda sebulan awal.

Terima kasih.

8 Responses to "Unpaid Leave Selepas Notis Berhenti Kerja"

  1. terima kasih atas penerangan, boleh Tuan berikan any reference case, industrial court case ke?

    ReplyDelete
  2. Saya bagi resign letter 14.10.18-13.11.18..tapi masa itu majikan tidak datang office.. So whatsup untuk inform awal.. Majikan datang office lepas 2hari Dan suruh tukar tarikh 16.10.18.. Saya kena tukarke? Dlm tempoh ini ada satu appointment so blh saya ambil unpaid leave?

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Jika pekerja telah bagi 1 bulan notis dari (1/11/19 - 30/11/19)dan dalam tempoh 1 bulan notis berhenti itu pekerja telah cuti tanpa gaji selama (2) hari (10/11 & 11/11). Adakah boleh majikan tolak gaji cuti tanpa gaji tersebut dan 2 hari (in lieu of notice)

    ReplyDelete
  4. Salam,jika pekerja menghantar surat notis berhenti kerja selama sebulan,1/03/2020-1/04/2020 dan dia masih mempunyai baki cuti annual leave selama 10 hari,adakah cuti tersebut boleh digunakan untuk memendekkan notis berhenti tersebut.

    ReplyDelete
  5. salam , saya bagi notis 1 Bulan untuk brhenti kerja , dalam tempoh ni saya memang tak boleh guna annual leave sya ke dalam tempoh ni ?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Tempoh perkhidmatan sy akan tamat 18.1.21....dlm tempoh tsebut sya mgambil cuti sakit SBB keaadan kshtan tak mgizinkn.....tetapi pihak company mgira hanya mengira cuti sakit saya sehari....yg slbhnya tidak dikira...samada tolak gaji atau tolak cuti thnan..... apakah yg perlu saya buat?

    ReplyDelete

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut