Gaji Minima 2016


Soalan pembaca:

Saya merupakan pekerja swasta dalam industri minyak sawit Malaysia. Namun gaji basic saya hanya RM970 sahaja. Adakah ia mencapai gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan? Bolehkah saya menuntut penyelarasan gaji bagi membela pekerja lama yang basic tidak sampai gaji minima yang ditetapkan kerajaan? Ini kerana ada pekerja baru yang mendapat gaji basic permulaan yang melebihi dari kami. 

Untuk makluman saya adalah pemegang diploma dan bekerja sebagai pembantu makmal di sektor kelapa sawit di Malaysia.

Jawapan:

Untuk pengetahuan semua yang masih keliru, gaji minima di Semenanjung Malaysia buat masa ini masih lagi RM900 dan di Sabah Sarawak adalah RM800.

Dalam Bajet 2016, kerajaan menggariskan bahawa gaji minimum untuk pekerja sektor swasta di Semenanjung dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan dan daripada RM800 kepada RM920 bagi mereka di Sabah, Sarawak dan Labuan. 

NAMUN, ini cuma akan berkuatkuasa pada 1hb Julai 2016 (tertakluk pada perubahan jika ada). 

Oleh itu gaji anda masih mematuhi syarat gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan.

Jika gaji minima telah dinaikkan nanti dan majikan tidak mematuhinya, maka anda boleh lah membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan.

Dalam soal pemberian gaji pula, ia adalah budi bicara mutlak majikan. Tiada siapa yang boleh memberitahu seorang majikan bagaimana dia harus mengurus wangnya dan berapa dia harus memberikan gaji kepada setiap pekerjanya. 

Jika pekerja merasa majikan tidak adil dalam soal pemberian gaji kerana memberi gaji yang lebih tinggi kepada pekerja baru dan sebagainya, apa yang boleh dilakukan hanyalah berjumpa dan berbincang dengan majikan dan mohon diberikan gaji yang lebih lagi. Jika masih tidak berpuas hati, maka tindakan yang seterusnya adalah mencari peluang kerja ditempat lain yang boleh menyediakan gaji dan faedah yang selaras dengan kehendak pekerja.

Perlu diingat bahawa hal-hal gaji dipengaruhi dengan permintaan pasaran buruh dan keadaan ekonomi semasa. 

Terima kasih.






0 Response to "Gaji Minima 2016"

Post a Comment

Iklaneka


Tips & Panduan Mengurus Kewangan Anda Dengan Lebih Baik

Learn from renowned university professors without having to rush to their lecture halls


Tekanan darah tinggi adalah masalah serius, kalau dibiarkan berpanjangan boleh membawa maut